Monday, 17 December 2012

BAB1: PENGENALAN MAKROEKONOMI

NOTA RINGKAS BAB 1



Maksud  Makroekonomi
ü  Kajian terhadap kegiatan dan interaksi antara pelaku-pelaku ekonomi (seperti isi rumah, kerajaan dan sektor asing ) secara menyeluruh.
5 Pembolehubah Makroekonomi

  1. Pendapatan Negara (YN) atau Keluaran Negara
v  Merupakan jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dapat dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam jangka masa satu tahun.
v  Kepentingan YN
i)                    Pertambahan pendapatan negara menunjukkan kejayaan dasar kerajaan untuk meningkatkan pencapian ekonomi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran.
ii)                  Kenaikan pendapatan negara menunjukkan berlaku kenaikan dalam taraf hidup masyarakat.
  1. Guna Tenaga dan Pengangguran
v  Guna tenaga ialah jumlah penduduk yang sanggup bekerja dan mendapat pekerjaan.  Tenaga buruh ialah golongan penduduk yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun yang sanggup bekerja dikenali tenaga buruh kecuali suri rumah, pelajar dan orang cacat.
v  Pengangguran merujuk kepada sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah tertentu.
v  Kepentingan Guna Tenaga dan Pengangguran
i)                    Memastikan pencapaian guna tenaga penuh iaitu penggunaan faktor pengeluaran yang maksimum dan mencapai pendapatan negara potensi.

  1. Inflasi
v  Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas.
v  Kepentingan inflasi
i)                    Kemerosotan kuasa beli wang serta pendapatan benar.
ii)                  Kos hidup penduduk semakin meningkat.

  1. Imbangan Pembayaran
v  Merupakan penyata kewangan tentang urus niaga dan aliran modal antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
v  Kepentingan Imbangan Pembayaran
i)                    Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dan menambahkan rizab pertukaran asing.
ii)                  Kurangan dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana rizab pertukaran asing akan berkurangan.

  1. Pertumbuhan Ekonomi
v  Peningkatan dan perkembangan dalam kegiatan ekonomi seperti pertambahan keluaran dan pembangunan infrastruktur .
v  Kepentingan pertumbuhan ekonomi
i)                    Pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan kebajikan dan taraf hidup masyarakat serta menyediakan lebih bnayak peluang pekerjaan.



4 Matlamat Dasar Makroekonomi

1.  Mencapai tingkat guna tenaga penuh
Ø  Jika guna tenaga produktif dapat digunakan sepenuhnya maka pendapatan negara akan meningkat dan mencapai pendapatan negara potensi.
Ø  Jika guna tenaga penuh tercapai, tingkat pendapatan negara dan kebajikan masyarakat turut meningkat.
2.      Mencapai kestabilan tingkat harga umum
Ø  Ekonomi tidak mengalami masalah turun naik harga.
Ø  Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan menyebabkan inflasi.
Ø  Kejatuhan tingkat harga umum secara berterusan menyebabkan deflasi / kemerosotan ekonomi.
3.      Memperbaiki imbangan pembayaran
Ø  Defisit dalam imbangan pembayaran merugikan negara.
Ø  Jadi imbangan pembayaran boleh dibaiki melalui peningkatan eksport barangan nampak dan tidak nampak.
4.      Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Ø  Pertumbuhan ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan
Ø  Jumlah keluaran dalam ekonomi meningkat.
Ø  Tingkat kebajikan dan taraf hidup meningkat.

No comments:

Post a Comment